Followers

17/06/2013

tug of war make me fit again!


1 tahun beb gua rest dari gym..mahupun sukan.

Badan pun dah jadi semakin gemuk. Nasib tahun gua jadi semangat gile dengan sukan balik. Ni semua gara-gara tarik tali.

Beb, nak main tarik tali lu kena fit. Lagipun atlet mesti fit. Baru lu comfident nak bertarung. Sekarang gua sedang berusaha untuk comeback. Trainning tak macam dulu. Tapi wa akan try yang terbaik. Dengan berbekal Grenade fat burner ni wa rasa cam bole je.

Target gua untuk macam dulu adalah hujung tahun ni. Ayuh, jom comeback mrfeckry!

24/09/2012

30/09/2011

Ini sekarang wa punya sumplement

Masa bulan puasa hari tu ka wa main gym bagi nak rak. Wa main gym mase tengah hari ok. Orang semua ingat wa tak puasa.

Weight yang gua angkat lebih berat dari orang yang x puasa. Dorang tengok pelik je.

Actually wa masih amalkan makan sumplement. Tapi wa dah tuka jenis sumplement wa. Dulu makan lipo-6 untuk hasikan stamina tinggi dan bagi lean wa punya body. Tapi sekarang lain. Wa amalkan makan madu. Ha jangan ada yang gelak pula. Ingat ni untuk tenaga bati je ke? Sape yang ajau?

Setiap kali sahur wa akan makan madu sesudu kecik. Tak kire ape jenis madu, janji die adalah madu. Sumpah wa main pastu, kalah dari orang makan careatine, protein dan sumplement lain. Ini lagi jimat dan murah. Kalau wa nak amek terlebih pun tak apa. Tak gemukkan badan dan tak mengundang penyakit.

Lu orang tak percaaya? Cuba dulu.

Ini adalah sunnah nabi. Andai ia tak bagi maanfaat, takkan ada tertulis dalam al-quran surah an-Nahl ayat 69. Madu adalah sebaik-baik penawar untuk manusia. Kalau lu sakit ke, tak kira ape jenis sakit, lu telan la madu, comfirm sembuh.

Wa ulang, comfirm tau..Kali ni wa akan cuba peraktikan sumplement yang traditional untuk wa main gym. Banyak dah wa jumpa. Kalau ade rezeki wa info lu orang.

Ops satu lagi, orang kata kalau makan creatine dan segala sumplement yang untuk cutting tu, boleh akibatkan mandul , sakit buah pinggang dan macam-macam lagi.

Ha, nak kasi basuh itu sakit dan sambil menambah dan maintain stamina, guna la madu. Comfirm ok.

Ni antara madu yang wa dah try..

ni baru je habis semalam wa makan
Ni 1st madu wa makan.
Sekarang ni wa dah buka madu lain. Madu asli . Tak ada campuran. Wa nak try khasiat die. Wa akan cuba main heavy weigth dengan guna sumplement ni. Tengak apa effect die. Target wa, nak try angkat deadlift 300kg dengan 10 reps.

Deadlift 300kg...berat tu...

28/09/2011

Selain gym, futsal pun best juga


Haaaa..camni la wa dive tadi.

Macam nak putus nafas wa tadi men futsal. Penat gile. 2 jam beb. Nasib wa ni main keeper. Biasa  la bila bodybuilder main bola, posisi keeper jela. Tapi wa memang keeper sejak dari sekolah lagi tau. Semapt la gak dulu wa main untuk melaka team bawah 15 dulu.

Kejap je, tak tahan trainning wa cabut.

Actually, wa start main gym dulu, sebab nak fit main bola satu ketika dulu. Tapi bila dah badan tetiba jadi tegap semacam, minat nak main gym pun semakin mendalam.

Ok, gua sekang ni dah tak aim apa-apa dalam bina badan. Untuk jadi body builder, memang tak la. Sekarang ni wa lebih kepada nak fit kan badan je. Sekadar riadah, sambil meneruskan minat dan sejurus membentuk badan macam aoron aziz.

 Aoran Aziz tu beb..lawak la.

So, tidak salah la gua pelbagaikan sukan untuk bagi sihat badan. Tak semua orang main gym nak masuk bina badan kan, so apa yang penting dalam sukan ni, nak bagi sihat tubuh badan.

Badan sihat, minda cerdas...!

Susah betul nak start concern dengan gym


Payah..memang payah..hanya yang berperasaan macam gua je yang tau akan kepayahannya.

Bila dah stop lame, nak start balik memang payah. Bila dah start, tapi nak istiqomah, lagi satu hal. Pucuk pangkal, semangat beb. Terkenang masa zaman nak kawen dulu. Sehari sampai dua kali pergi gym. Sampai jadi terlalu obses.

Sekarang, hati dah senang, dah tak pikir pun nak jaga badan.

Tadi wa pi makan cendol. Member gua beria-ia ngajaknya. Kalau tak pi,nanti kecik hati. Kata buang sedara. Memang wa dah siap dah nak pergi gym. Baju memang dah tukar. Tapi pergi la juga. Lagipun malam ni wa ada futsal dua jam. Kira exercise juga la kan.

Skip lagi sehari untuk ke gym. Rindu pula wa dengan gym. Takpe, balik nanti gua buat chin up. Nasib kat rumah gua ada batang besi chin up. Boleh exercise sikit.

Percaya tak wa cakap, selagi lu boleh chin up, selagi tu lu tak gemuk! Teori ni tak 100% tepat, tapi peratusannya tinggi.

Chin up dengan baik tau, repeatiation lebih dari 10. Bukan setakat gayut dua tiga kali je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat