Followers

31/05/2010

Maradona: I'll celebrate naked


Manager yang giler ni dah mula buat perangai. Ada ke patut mahu berbogel kalau menang World Cup. Kalau betul dia buat memang di ni bengong la. Ape tak cara lain ke nak celebrate.

Mau juga kena tulah tak menang ni.

Respon dari berita ini, ramai rakyat Argentina telah membeli lastik. Katanya mereka mahu melastik Maradona jika di berbuat demikian. Memang tidak masuk akal Deigo Armando Maradona. Sedang menager lain berhempas pulas mereka-reka taktikal untuk game pembuakaan , maradona sibuk dengan perang saikologinya.

Maradona nampak seperti membuatkan pengurus lain tertekan. Lebih-lebih lagi pengurus team futsal pasukan Zizou.

Thursn=day nite futsal, team Zizou bertanding.

Esok Umum


Besok tujuh pemain akan disingkirkan dari skuad kebangsaan England. Di dalam gambar ini gua di beritahu adalah barisan pilihan Capello.

Tapi lu orang nampak tak Lampard?

Time ni Lampard demam. Tak dapat join lawan dengan Mexico. Sebab tu gambar dia tak ada. Mengikut cakap daro perbualan Pak Din tukang urut kat Chow Kit, " kalau beckham ada, game semalam lawan dengan Jepun mungkin jadi lain. Pak Cik tengok penalti yang Lampard ambil dan juga freekick yang rooney ambil kalau beckham yang ambil comfrim masuk."

Itu luahan Pak DIn tukang urut kat Chow Kit. Lu orang macam mana?

England minta simpati

Percaya tak England minta simpati? Mana taknya, dorang tak boleh nak score. Sampai terpaksa melutut dan menyembah kepada pemain Jepun.

Tergelak aku dengan game semalam, Jepun sebenarnya menang 3-0. Tapi di sebabkan pengurus Jepun tu dah kena manderem dengan Capello, 2 dari tiga jaringan pemain jepun M. Tanaka terpaksa di sedekahkan kepada England.

Rooney main maca kerbau. Semua dia nak lanyak, tapi score pun takde pula. Gua nampak sendiri Rooney sengaja main pijak kaki.

Paling kelakar, pemain tengah yang bertaraf bintang gila babas England Frank Lampard. Ada ke patut tendang penalti tak masuk. Tendang penalti pun perlahan je gua tengok. Gua rasa member gua amin yang main futsal tu punya rembat lagi kuat.

Di sebabkan game semalam macam haram, gua telah memaksa TV gua menonton gua (tertido).

30/05/2010

Argentina dah sampai!


Pasukan calon juara Argentina di khabarkan sudah sampai dan menjejakkan kaki di South Africa. Ketibaan mereka tidak la di sambut oleh paluan kompang mahupun tarian singa. Tetapi sudah tentu mereka di sambut dan di hayak oleh peminat team tu.

Maradona seolah-olah macam nak saiko team lain. Ketibaan awalnya ni macam nak bagi tahu mereka dah benar-benar bersedia dan tak sabar-sabar nak main untuk World Cup.

Gua pasti team lain comfirm gegar dengan statement ni, “I’m excited to be here, I love South Africa and I’m looking forward to the World Cup,” said Maradona.

Nampak sangat Maradona ni memang kuat saiko.

So team England bila lagi?

Messi warning awal-awal


Hari kalau lu orang tengok kat paper Metro, nampak muka messi tengah dok terpleot kat padang.

Gua pun tak faham kenapa mamat ni dok macam tu.

Tapi tajuk bagai nak gempak. 'Piala Dunia Saya'. Gempak tak? macam sah-sah je piala dunia tu dia punya. Nasib gua sokong argentina. Seolah-olah confident level bebudak team argentina dah tinggi dan meluap-luap.

Pencabar terdekat dorang, spain brazil dan England. Itu kata messi. Gua cuma takut, awal-awal cerita bagai nak gila.

Tapi nanti masa World Cup, grouping pun tak lepas. Ingat tak apa jadi kat France masa 2002. Grouping pun tak lepas. Nak kate team masa tu tak kuat, gua rasa semua player dorang memang power.

Masih tunggu dan lihat apa perkembang lepas ni.

29/05/2010

England bengap Penalty

Penyepak penalti yang di anggap sengal satu ketika dulu


Statistik ni dah jelas yang team england memang slow dalam penalty. Gua tak perasan sebelum ni. Tapi hasil perbincangan gua dengan mak cik bedah belakang rumah, baru gua terfikir akan perkara ni.

Beckham, antara star yang selalu buat orang menyirap bila sepak penalty tak masuk. Harap freekick je lawa tapi bila sepak penalti selalu kantoi.

Player jenis macam ni memang darah gemuruh kuat.

Sebut pasal beckham, ada khabar angin kata West Ham nak beli beckham. Wah best juga ek dapat tengok beckham main kat EPL. Pasti mamat ni akan terkenang kesah lama dia bercinta dengan posh dulu.

Gua harap Fabio Capello dah buat banyak study pasal masalah penalty.

Gerrad tak turun jumpa Jepun esok


Steven Gerrard injured kat betis. Oleh sebab itu Gerrard terpaksa direhatkan dua hari. Mamat ni juga tak dapat di turunkan untuk perlawanan persahabatan dengan jepun nanti.

Ada juga khabar angin melaporkan yang Steven Gerrard ni tak tahan traiining. Mana taknya, tiap-tiap pagi dan petang Capello lanyak dorang suruh lari pecut naik bukit 100 kali, pastu pinggang kene ikat dengan getah dan lari selaju dengan mungkin.

Khabar angin ini memang boleh diktiraf sahih. Sebab bini Gerrard sendiri yang buat pengakuan bahawa Gerrard selalu mengadu yang dia hari-hari kena trainning dengan teruk.

Beckham yang tak dapat main untuk world cup 2010 pun pernah cakap, kecederaan buku lalinya sebenarnya adalah akibat dari kene baling dengan but oleh capello. Nampaknya Fabio Capello ni memang garang bagai nak giler.

Beliau memang serius nak cium World Cup tahun 2010 ni.

Maradona rule


Semalam maradona umumkan beberapa rules untuk player dia kat south africa, dia tak bagi bebudak tu merokok dan juga minum beer kat sana. Tapi Maradona membenar mereka melakukan hubungan sex.

Pelik juga , tapi ni betul. Sumber gua dapat dailymail uk.

Gua rasa nanti, bila start game world cup mesti argentina ni pancit. Mana taknya, kalau dah tiap2 malam buat hubungan sex mau tak longar kepala lutut.

Tapi, ini juga mungkin perang psykologi dari Maradona. Dia saja nak bagitau team lain yang palyaer argentina nanti cepat penat. So bila lawan nanti team yang lain dengan Argentina akan main tak serius.

So masa tu, player argentina akan tunjukkan kekuatan di kala pasukan lain salah anggap dengan kekuatan mereka.

Kalau betul, Maradona ni memang bijak. Tapi gua dah baca dah taktik ni.

28/05/2010

Xpert 11 sebenar


Lu orang pernah layan tak gam Fifa manager, football manager ataupun championship manager?

Ini la game yang gua selalu cakap tu, xpert11. Game ni adalah serupa dengan game-game di atas. Cumanya game ni tidak menggunakan nama player yang real. Game ni dia create sendiri player tu.

So lu orang akan betul-betul zero pasal player. Bayangkan alex fegurson, agak-agak macam mana dia boleh cari player macam ronaldo? Ha, game ni nanti akan buat lu orang tahu macam mana. Game ni betul-betul ajar lu orang jadi manager sebenar. Kalau lu orang nak tau apa dalam kepala alex fegurson, lu orang try game ni.

Gua dh addict game ni lame dah, cuma tak berkesempatan untuk komersialkan game ni. Buat masa ni gua akan post sikit-sikit pasal game ni.

Lu orang nak try, boleh click kat side bar gua kat gambar Xpert 11 tu.

Calon champ World Cup 2010


Firasat gua seolah membuak-buak nak cakap, World Cup tahun ni bakal di julang oleh argentina. Mesti la gua cakap bersebab.

Argentina ni dibarisi oleh pemain-pemain bertaraf star. Tak payah gua nak cakap siapa pemain dia. Lu orang mesti dah tahu sendiri. Tapi paling glem sekali dalam team argentina ni tak lain dan tak bukan, managernya.

Diego Armando Maradona. Mamat ni pada gua dia baru betul lagenda bola sepak. Dulu gua minat dia sebab skill drible bola dia yang power gila serta gol pakai tangan yang menjadi bualan sepanjang zaman.

Maradona pasti akan menjadi tumpuan ramai. Permulaan si mangkuk ni sebagai manager menjadi kritikan sebab team argentina boleh dikatakan bermula dengan lembap dan nyaris-nyaris tak lepas masuk world cup 2010. Namun Maradona dah buktikan dia tetap wira argentina.

Kali ni gua nak tengok dia mampu atau tidak mengucup piala dunia lagi. Kalau Maradona mampu membimbing argentina menjadi juara , gua rasa mamat ni patut di gelar raksasa bola sepak.

Gua tak sabar nak tunggu world cup 2010.

Selamat Datang ke blog Expert 11


Makan bola, tido bola, minum bola...tu tema la..

Gua punya tema..bola sana, bola sini..tuuuu diaaa...bola...Baru punya tema. Serius gua memang dari kecik gila bola. So gua nak adaptasikan minat gua melalui blog gua ni.

World Cup dah dekatkan? Terang-trang gua cakap gua fan England dan juga Argintina. So gua akan cuba buat liputan pasal dua team ni untuk world cup. Tu pun kalau gua tak tertido masa layan game world cup nanti.

Gua ni payah sikit. Asal baring depan TV tengok bola, mesti gua terlelap.

Sempena itu, gua juga selalu main game Expert 11 . Game ni adalah pasal managing football team seara online. Memang ketagih beb. Gua rasa gua dah macam maradona dan Alex fegurson je. Nanti gua story pasal game ni lebih-lebih sikit ek.

Jap, gua nak date dengan bini maradona jap. Nanti free gua sambung blogging balik. Kalau minat England pi beli cepat jersey england.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat