Followers

30/06/2010

Kenapa Messi?

Hampir setiap hari media melaporkan pasukan Jerman sedang mengawasi Messi. Dorang kalau boleh nak tengok apa Messi buat dalam masa 24 jam.

Pasukan Jerman di gembar-gemburkan sangat cuak dengan Messi. Ini kerana Messi bagaikan malaikat maut mereka di Piala Dunia. Sehinggakan mereka merancang untuk membuat kepungan terhadap Messi.

Pelikkan. Memang la Messi tu handal. Tapi bukan Messi sahaja yang handal. Argentina kali ni boleh dikatakan sempurna.


Paling mengejutkan, ada juga bookie sedang merancang untuk menembak messi dari jauh. Beberapa penembak teapt sedang berlatih di padang sasar di afrika. Mereka sedang berlatih menembak harimau, singa, dan juga beruang kutub.

Gambar di atas adalah merupakan salah seorang penembak yang sedang dalam sesi pemilihan. Gua rasa dia dapat ni. Dengan pose yang mengancam macam ni takkan la bookie-bookie tu tolak.

Luka berdarah England

Berita England tewas pasti dah jelak orang dengar. Tapi ada sesuatu yang menarik. England kali blah dari Piala Dunia dengan meruah yang gila-gila punya teruk. Dah comfirm kesannya terpalit kat EPL yang kita selalu tengok.

Kan EPL tu liga yang paling di minati di Malaysia. Survey ni gua sendiri yang buat dulu. Asal malam minggu je, mapley seluruh Malaysia mesti penuh sebab nak layan EPL.

So apa akan jadi dengan EPL. Gua beranggapan, EPL pasti tak tergugat. Cuma yang tergugat adalah pemain-pemain England.

Di sebabkan performance dorang yang memang mengecewakan, dah tentu akan mengakibatkan reputasi mereka di kelab tercalar. Comfrim berdarah punyalah. Lu orang ingat value Garreth Barry akan naik ke?

Comfirm jatuh.

Lampard, silap-silap chelsea akan jual. Rooney, ferguson mesti tengah scout player lain untuk dijadikan pelapis dia.

Itu la besarnya harga piala dunia. Sebesar harga diri mereka. Tengok si Capello sekarang, sedang sebuk di hina oleh rakyat England.

29/06/2010

Belengu England

Cerita England sebelum dan selepas memang banyak. Ferdinand sampai hari ni dia tak percaya yang dia tak dapat main bola untuk England. Baik-baik dia dapat jadi Kapten, tetiba lutut pula injured.

Mau tak bengang mamat ni. Rasanya dia dah patut lupakan World Cup. Ya la kalau tunggu 4 tahun lagi comfirm mamat ni dah tua. Kalau dia macam Blanco Mexico tak apa la juga. Tapi gua rasa dia pun sendiri tak nak main. Sebab memang dah camtu trend palyer England.


Setiap kali World Cup England mesti ada drama. Epsiod drama world cup yang lalu adalah kisah kaptennya David Bechkam yang dengan teresak-esak menangis meletakkan jawatan Dia dengan sendiri menyalahkan dirinya kerana gagal mengetuai England menjurai World Cup masa tu.

Dia cakap dia buat. Memang beckham lepaskan jawatan kapten masa tu.

Tapi episod kali ni pasal Capello, gua rasa di masih mempunyai muka yang tebal. Kegagalannya pada World Cup kali boleh disifatkan sangat teruk.

Akibat perangai bodoh sombong tidak mahu bertoleransi dengan pemain tentang taktikal membuatkan England pincang macam tak ada perancangan. Episod pergaduhan dengan Terry seperti mencurah minyak ke dalam api.

Capello menerima 1.8 juta euro sebulan sebagai gajinya melatih England. Tapi apa dia bikin. Hanya pandai canang yang England bakal juarai piala dunia. Peliknya dia tak pula rasa nak letak jawatan macam beckham.

Malu kot...

Messi VS Klose

Messi, siapa yang tak kenal. Kelincahan di padang bagaikan seekor harimau bintang di padang safari yang sedang berlari kencang. Kehandalannya membawa bola selalu di geruni oleh pihak lawan.

Piala Dunia kali ini, berlaku beberapa kali cuba ingin mematahkan kaki messi telah dilakukan oleh musuh-mush argentina. Namun kesemuanya menemui jalan buntu

Sehandal-handal Messi, ada juga kelemahannya. Messi di katakan pernah kantoi oleh De Maria . Menurut rakan sepasukannya itu, Messi ni dalam hati ada taman. Kat padang je nampak terror main bola. Tapi dengan awek punya la cuak.

Messi pernah kantoi streka kain dalam aweknya di kem latihan. De Maria rakan sepasukan yang nampak.

Podolski. Lain pula ceritanya. Walaupun tidak sehandal Messi. Namun dia sangat gagah bila bersama teman wanitanya.

Pernah satu ketika wartawan Jerman mengatakan, Podolski pernah memarahi aweknya kerana lambat ambil tisu. Sebab tu kalu lu orang tengok muka awek podolski cam jenis baik je . Sopan je bila dengan balaknya tu.

Namun bukan itu jadi pertaruhan 3 julai ini. Kedua-dua bintang bola sepak ini akan berentap bagi merebut tempat di ke sepruh akhir Piala Dunia. Perlawanan Argentina dan Jerman bukan calang-calang game, kerana kedua-dua pasukan boleh dikatakan seimbang.

Tapi awek siapa yang lagi lawa?

28/06/2010

Argentina penuhi citarasa


Pasukan argentina terus mara dan mara. Kekuatan pasukan maradona ni macam tak ada lagi kelemahan. Pantang main bola, mestia dorang menang.

Argentina menang 3-1 semalam dengan Mexico. Gua semakin tak nak tengok Argentina masuk final. Kalau boleh nak tengok dia jumpa dengan Barzil. Kalau jadi, memang memorable final la World Cup kali ni.

Carlos Tevez, semalam memang dia punya game la. Sampai dua gol mamat ni sumbat. Gua dah kata, Mexico kena jaga tevez. Kalau di kenang balik, ruginya Man United lepaskan Tevez dulu. Dia memang pasangan mantap dengan Rooney.

Maradona, memang dia adalah orang paling hangat. Sebab sebelum ni, semua orang kutuk dia tak boleh jadi manager. Macam-macam orang kata. Tapi gua yakin Maradona adalah orang yang paling berjaya di World Cup kali ni.

Gua respect! Memang layak di gelar lagenda!


Awek argentina memang suka macam ni ek. Dia ni berbaju ke tidak hah? Gua harap Maradona kalau menang World Cup buat macam awek ni dah la.

Tak payah obvious sangat. Malu anak bini nanti.

Babai England

England kena belasah 1-4 dengan Jeraman

Perlawanan semalam antara Jerman dan England membuat gua rasa cam hawau je. Game tu memang game England. Dari segi penguasaan permainan, gua memang salut kat England. Tapi mungkin sebab terlalu ghairah mengattack kubu Jerman, England sampai lupa nak jaga serangan balas Jerman.

David James malam tadi terbukti yang dia memang tak cekap. Comfident level yang sangat renah dan tak boleh pakai.

Kebanyakkan bola yang dia bolos hasil dari ketidak beranian untuk masuk 1 by 1 dengan striker jerman. Patutnya dia dah bewar semua tu. Dia dah panggil defend supaya marking tight dan turun untuk cover belah bawah.

John Terry nyata terlalu tidak menyerlah semalam. Benteng pertahanan England memang macam sayur.

Apa-pun nak cakap, kat paper dah tulis banyak. Tapi gua kecewa dengan permainan England World Cup kali ni. Capello tu memang bengap. Berkokok bagai dia la manager tebaik dunia. Gaji nak yang paling mahal.

Tapi hampeh!

25/06/2010

MaraDona rasa dirinya hebat

Maradona, seorang lagenda bola sepak dunia. Pencapaian yang mengagum seluruh arena bola sepak dunia telah mengankat nama beliau menjadi seorang lagenda.

Kelincahan dan kehandalan Maradona semasa menjadi pemain kebangsaan mahupun kelab menerobosi benteng pasukan lawannya telah di wartakan menjadi sejarah ulung bola sepak. Tidak hairanlah jika dia mahu mengatakan dirinya adalah yang terhebat. Maradona sendiri telah baberapa kali membantu pasukan kebangsaannya menjulang Piala Dunia.

Kalau kat Malaysia ni, emang dah layak dapat pangkat Tun.

Salah satu sejarah Maradona yang dikenang hingga kini adalah jaringan melalui tangan. Sehingga beliau di beri gelaran God Of Hand Goal. Dia memang mencipta sejarah. Kerana itu adalah aksi pertama.

Sejarah jaringan melalui tangan ini telah di ulangi oleh kembali oleh Henry ketika perlawanan peringkat kelayakan pasukan Perancis.
Kini Maradona kembali beraksi di Piala Dunia. Tahun 2010 adalah kebangkitan Maradona apabila setelah sekian lama beliau meninggalkan aksi arena bola sepak. Kemunculan beliau kali ini bukan sebagai pemain, tetapi sebagai seorang pengurus pasukan Argentina.

Ketika menggalas tugasan besar ini, beliau telah dikritik teruk pada awalnya. Beliau juga tidak terlepas dari kritikan pedas dari seorang lagi legenda bola sepak iaitu Pele.

Pele mengatakan Maradona seorang pemain bola sepak yang hebat, namun dia bukan seorang pengurus bola sepak yang hebat.

Namun setelah mulanya kempen Piala dunia 2010, prestasi pasukan bimbingan maradona, boleh dikatakan adalah sangat gagah dan sempurna. Jika argentina berjaya menjuarai Piala Dunia kali ini, nama maradona pasti akan melonjak lagi.

Kegilaan peminat Maradona kali ini rasanya lebih dari ketika beliau menjadi pemain. Sehinggakan patung mesiah (Jesuss) sendiri telah di gantikan dengan patung Maradona. Tengok betapa gilanya kafir laknatullah. Kalau minat, sampai taksub. Sehingga anggap jadi tuhan.

Tu belum lagi Maradona mati. Agaknya orang kristian akan bina kuil Maradona.

Masih ingat lagi arah supermokh!

Ya pada gua arwah adalah lagenda bola sepak Malaysia. Jika arwah Mokhtar Dahari masih ada, sudah pastinya beliau akan memimpin pasukan bola sepak Malaysia ke persada dunia.

Al-fatiha untuk Allahyarham Mokhtar Dahari.

24/06/2010

Persediaan Berjerman

Perlawanan selepas ni akan menyaksikan pertemuan dua gergasi eropah di mana pasukan England telah di nasibkan bertemu dengan pasukan Jerman. Kekuatan kedua-dua pasukan sepatutnya setara.

Namun, kepincangan rentak permainan England seolah memberi kegusaran yang mendalam seluruh peminat pasukan The Three Lion.

Kekuatan England berdasarkan 3 perlawanan yang lepas, jelas sekali hanya pada barisan benteng pertahanan yang kukuh. Cuba leihat di gambar atas. Bagai mana si Terry bermatian untuk mempertahankan pintu gol. Sampai sanggup buat gaya terjunan papan anjal tu.

Jerman kena cari strategi untuk tembus pertahanan England.

Perasan tak masa game England lawan dengan Solvania semalam, capello telah mengeluarkan Rooney di minit ke 72. Gua pelik masa tu kenapa Capello buat macam tu.

Tapi hasil risikan dari pasukan X11, baru gua tahu jawapannya. Rooney mengalami kecederaan di bahagian buku lali. Kecederaan tu kira agak serius juga. Sebab tu lu orang perasan rooney macam tak menyerlah.

Dari sini, gua dapat lihat bahagian serangan England tampak seperti goyah. Jika Rooney tidak diturunkan, England seolah tidak ada penyerang yang boleh meledakkan gol lawan. Rooney di geruni dengan rembatan kencang yang tepat.

Capello perlu mengubah taktikal serang. Rasanya orang yang paling arif untuk taktikal serangan adalah alex fegurson. Sir Alex dah biasa dengan masalah rooney injured. Tanpa Rooney, Alex fegurson mampu beri kemenangan buat Man Utd.

Pagi tadi gua di kejutkan oleh mesej Pak Maidin. Dia kata," gua kena pergi Afrika selatan. Kene urut kaki Rooney.

David James, antara pemain England yng paling di beri harapan. Posisi penjaga gol England utama kembali ke tangan James apabila Grenn telah melakukan kesilapan besar apabila tidak menangkap dengan kemas bola Jabulani dari rembatan pemain Algeria.

Akibat dari kesilapan itu, Capello dah tak percaya pada Green. James jadi pilihan Capello sebab mamat ni ada pengalaman besar dalam mengendalikan tugasan penjaga gol England.

Jika di lihat prestasi James di dalam dua perlawanan peringkat kumpulan ini, James nyata tidak pernah gagal. Clean sheet yang berjaya di capainya seolah memperkuatkan lagi kepercayaan capello terhadapnya untuk menjadi benteng terakhir England.

Bertemu dengan Jerman bukan mudah seperti di jangka. James perlu memerhatikan Klose yang bakal di turunkan nanti. Klose merupakan penanduk terbaik Jerman yang mampu menanduk bola ke arah jaring gol walau di mana dia berdiri.

Jerman juga mempunyai Podolski yang berkebolehan seperti Rooney. Jadi tugas nyata lebih sukar di perlawanan dengan Jerman nanti.

England Selamat!


Jermain Defoe.

Itulh nama penyelamat pasukan England dan juga jurulatih gaji termahal di dunia, Fabio Capello. Defoe menjadi penjaring gol tunggal semalam apabila beliau berjaya meldakkan jaring gol Solvenia pada minit ke 23.

Kemenangan England semalam telah melonjakkan mereka ke tempat kedua di dalam Group C. Gua yakin wira England itu telah di puji-puji hingga melambug oleh rakan sepasukannya.

England hanya terselamat dari tersingkir ke pusingan kedua. Tapi apakah nasib mereka di pusingan ke dua nanti? Takkan setakat layak lepas tu boleh bungkus.Capello harus pertimbangkan perkara ini. Kalau di lihat corak permainan yang masih kurang agresif, rasanya pengurus gaji termahal ini tidak akan lari dari di kritik lagi.

Gua mengahrapkan Capello membuat ulangkaji dengan taktikal yang digunakan sekaran. Lepas ni tidak boleh mengharapkan seri je.

Defoe pastinya orang paling gembira, semalam apabila di temuramah beliau hanya menjawab," saya nak balik cepat nak jumpa wanita saya saya cintai."

23/06/2010

Berduka England


Tuah.

David Beckham, bekas kapten England ini seorang yang membawa tuah. Namun kariernya di Piala Dunia yang lalu tidak begitu menyerlah. Namun rekod England yang lalu adalah lebih hebat dari Piala Dunia 2010.

Aksi longlai yang begitu membosankan telah membuat gua tertidur ketika menonton perlawanan pasukan England. Dulu kalau tengok game England, mata gua memang cerah. Tambah-tambah pula bila Beckham ambil freekick.

England perlu seorang pemain seperti Beckham. Seorang pemain yang bertaraf bintang penuh. Bukan satak permainan bolanya, tapi gaya dan cara hidupnya juga menjadi iagauan setiap peminat.

Nampak benar, ketiadaan Beckham selaku pemain tengah, England bagaikan lebik macam kentang lenyek.

Mungkin Beckham tidak handal. Namun kehadirannya seperti memberi semangat yang berjaya membuatkan pasukannya bangkit dari kekalahan.

Malam ini pertemuan dengan Solvania bagaiakan menghitung nyawa Capello. Hanya satu pilihan saja yang ada pada The Three Lion, iaitu menang. Namun Capello bijak keran memulakan serangan psykolgi dengan mengatakan dia begitu yakin yang England akan jurai World Cup tahun ini.

Gua harap England tak jadi macam France je.

Go Argentina

Argentina dah layak ke pusingan seterusnya. Gua dengan yakin mengatakan pasukan feberet gua ni akan ke final.

Final World Cup tahun ni akan lebih menarik kalau Argentina jumpa dengan Brazil.

Andai kalau dorang jumpa, gua akan buat nasi dagang untuk kita makan sama-sama menonton final tu. Ok sekarang gua letak juga statistik game pagi tadi. Terkejut juga gua dengan corak permainan M.Palermo. Gua ingat dia dah tak boleh main da.

Gua masih teringat lagi masa copa america dulu. Tahun berapa gua tak ingat. Tahun 1999 kot. Masa tu Martin Palermo di kritik bagai nak gila sebab ambil penalti sebanyak 3 kali tapi semua tak masuk.

Agak terkejut juga Maradona menaruh kepercayaan pada dia.

Messi pagi tadi telah mencipta sejarah apabila menjadi Kapten pasukan yang termuda. Wa respect la sama lu.

22/06/2010

Jersey Cap ayam


Gua perati jersey maradona ni, ada sesuatu yang menarik pandangan gua. Team ni ada lambang cap ayam.

Menjadi persoalan kat fikiran gua, adakah jenama cap ayam yang menaja argentina time 1986 punya world cup dulu?

Get ready game Argenitina dengan Grecce pagi ni..

Pemberontak


Ramai yang tak puas hati dengan Capello mengurus pasukan England. Termasuk la gua. Paling gua tak puas hati adalah barisan pemain England . Tapi apa nak buat. Capello tu coach, gua ni cuma peminat pasukan England saja.

Memang jauh pangga dari api.

Semalam, John terry dan juga kroninya dah tak boleh tahan dengan Capello. Dia telah menganjurkan satu pemberontakkan kecil-kecilan. Satu memorandum dah di buat bagi Capello terbeliak mata baca.

Ceh, dah macam reformasi plak.

John Terry dan gangnya, sebenarnya tak puas hati dengan taktikal yang digunakan oleh Capello. Dia nak tukar kepada 4-5-1. Formasi ni akan lebihkan kepada penguasaan di bahagian tengah.

Tapi, dengar cerita Capello tak layan pemberontakan tu. Memang Capello ni diktator. Mampus kalah le England game pasni.

21/06/2010

Capello bengang


Pengurus pasukan England, sekarang ni tengah bengang yang teramat sangat. Petang tadi masa gua lepak kat cafe de rimba, kecoh orang cakap pasal Capello yang tengah tension. Ada yang cakap team England dah kena bomoh.

Apa punya minded. Dah team tu main tak elok, maka tak elok la result dia.

Capello dikatakan seolah tidak percaya dengan prestasi menjunam pasukan England. Malah beliau berkata," ini bukan pasukan yang saya latih. Pasukan England yang saya latih adalah pasukan yang power gila. Pantang dapat bola mesti dorang macam lipas kudung."

Pendapat gua, England kena tukar kain jersey. Sebab baju jersey dorang panas. Kalau tak percaya try lu orang pakai jersey England.

19/06/2010

Apa masalah pasal jabulani


Banyak orang cakap pasal bola World Cup ni. Baru 5 minit lepas gua layan game Ghana dengan Autralia. Keeper Ghana bolos gol freekick. Dia gagal tangkap bola yang senang. Gua teringat si Green keeper England . Dia pun fumble gak tangkap bola jabulani ni dengan kemas.

Petang tadi gua baca paper. Capello complain pasal bola. Katanya bola terlalu ringan. Bukan Capello je yang complen, si Maradona pun komplen juga.

Menurut kata adidas sebagai pengeluar bola jabulani, mereka telah beri masa sebulan untuk setiap pasukan bermesra dengan bola baru. Bola ni adalah hasil buatan teknologi yang sangat tinggi.

Gua tengah usha kat Johnesrberg. Mana tau gua dapat sebat sebiji jabulani. Boleh gua main kat padang belakang rumah.

Orang paling layak berlagak


Jangan salahkan dia jika dia berlagak. Maradona memang patut berlagak. Sebab itu adalah hak seorang jaguh.

Walaupun Maradona asyik kena kutuk dengan Pele dan Palatini, dia buat bodoh je. Dengan selambanya dia boleh maki balik Pele dengan Palatini," Lu orang baik masuk Muzium jadi patung sejarah je.

Kemenangan Argentina dengan Korea kelmarin telah membuatkan musuh-musuh beliau makin meluat dan menyampah dengan Maradona. Maklumlah, Maradona dah janji dia akan berbogel di tengah jalan kalau Argentina.

Luorang perhatikan player argentina nama De Maria, game dia superb beb!

Ramai kecewa


Gua busy gila minggu ni. Sebok dengan sukan, pastu gua pula baru lepas majlis pertunangan gua. Sebab tu gua tak sempat update. Namun begitu gua tak boleh bendung lagi kekecewaan gua dekat team England.

Dengan Algeria pun tak boleh menang. Apa da...

Ini statistik game semalam.

England Algeria

15(5) Shots (on Goal) 13(1)
14 Fouls 13
10 Corner Kicks 3
1 Offsides 3
55% Time of Possession 46%
1 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0



10/06/2010

Messi mencuakkab kem Negeria


Di dalam kehangatan Rooney dok sibuk sound ref untuk game dengan US, Messi di katakan sedang berhibur dengan kanak-kanak dari rumah anak yatim di South Africa.

Sambil menunjukkan jari 1Malaysia, Messi berkata, Piala Dunia akan ke Argintina.

Menurut perbincangan dengan panel di xpert 11, World Cup kali akan suram kalau banyak sangat yang injured. Terbaru di laporkan pemain harapn sepanyol Inesta mengalami kecederaan.

Isu injured ni seolah menghantui pembukaan World Cup kali ni. Masih lagi gua teringat final 1998, Brazil bertemu France, di mana perlawanan itu telah di menangi oleh France. Ramai yang tidak menjangka akan kemenagan itu. Masa tu, Ronaldo di katakan telah terkena sawan babi sebelum perlawanan itu.

Rasa macam kureng kalau banyak pelayer star yang injured. Nanti team yang tak kuat akan buat kejutan jika perkara ini di biarkan.

Kepada, negara-negara yang menggunakan jampi, sila hentikan perkara bodoh itu. Bola Sepak adalah sukan.

Esok World Cup !

Eh mana datang Walcott ni..boleh la setakat nak ambil gambar.


Team ni gua badget akan ke final tahun ni.

Besok Wrold Cup mula, gua akan cuba menghantar pasukan perisik untuk usha 2 team ini. Setakat ni pasukan perisik gua sedang giat berlatih main Counter Strike. Maklumlah, pasukan perisik.

Game pertama Argentina di jadualkan jumpa Negeria. Dorang main pukul 10 malam waktu Malaysia.

Team England pula akan main untuk game first dorang dengan team USA pada pukul 2 pagi waktu malaysia. Masa tu dah kira pagi 2 pagi ahad la. Gua harap time tu gua tak berdengkur.
Gua akan pakai jersey England siap-siap sambil di tangan gua ada meggi tomyam cup bersamaan dengan Tongkat Ali secawan.

Prediction dua-dua team ni, Argentina di jangkan akan menang 24-0 dan England pula akan tewas 21-17.

Tu prediction gua berdasarkan prestasi dorang setakat ni. Tapi gua dah jumpa Degawan. Soh jampi bagi England menang.

Tadi gua dapat sms dari Degawan, " gua bizi menjampi."

08/06/2010

Capello Tension


Mana tak tension, setakat menang 3-0 dengan Platinum star team sekolah menangah bukit baru pun boleh buat.

Pula tu, si Rooney tak habis-habis dengan masalah panas barannya. Ada ke patut Rooney cakap Fuck You kat refree. Nasib baik ref tu bukan Nik Ahmad ya'kop. Kalau tak memang dah kena pelempang Jepun dah.

Kenapa bengang walaupun menang? Platinum Star ni sebenarnya team yang di wakili oleh persatuan penduduk. Pemain-pemain mereka pula di ambil secara rawak dan bukan di pilih dari segi kualitinya.

Pasal tu capello menyirap tak ingat.

07/06/2010

Jaga-jaga dengan sihir


Berita gempar gua terima tadi. Sekumpulan ahli sihir sedang membuat perhimpunan di Africa Selatan. Ini kerana mereka mahu mencatur perlawanan Piala Dunia 2010.

Konsep mereka mudah saja. Mereka akan mensihir pemain-pemain utama di setiap pasukan. Antara pasukan paling glemer yang terkena serangan sihir bertalu-talu adalah pasukan England. Kerana ada saja pemain yang di katakan sedang injured.

Setakat ni gua belum dengar lagi pasukan bimbingan Maradona terkena sihir tu.

Gua dah tanya ustaz-ustaz kat Cafe De rimba berkenaan fenomena ini. Mereka memberi pelbagai pandangan. Antaranya," player-player semua tidor tak basuh kaki."

06/06/2010

Friendly b4 World Cup


Ni gambar team gua. Team gua dah terima permohona dari pasukan England untuk Pre-World Cup friendly.

Dorang ingat dorang boleh lanyak team gua. Team ada pemain yang boleh buat skill drible silang kaki macam ronaldo, center ball crossing macam beckham, free kick macam Roberto Carlos, penjaga gol cekap macam peter chilavet, dan yang paling best sekali, team gua ada pasukan pom pom yang di import dari sempadan siam.

Team England apa ada? Asyik cerita pemain injured je.

05/06/2010

Rio bla, Dwson ganti


Mengikut juru cakap team England yang di jawat oleh En . Semak bin samun, Rio Ferdinand telah di sahkan injured di bahagian lutut. Dan malangnya lutut dia tak boleh baik dalam masa yang terdekat ni.

Memandangkan World Cup nak start lagi beberapa hari lagi, Capello dengan tergesa-gesa berwajah cuak telah memanggil Tottenham Hotspur's Michael Dawson . Malah jawatan ketua pasukan England juga telah di sahkan sendiri oleh Capello akan di jawat oleh Steven Gerrard.

Malang betul ferdinand sebab tak dapat join World Cup kali ni. Apa nak buat air lutut dia dah kurang. Pantang kena teckle mesti injured lama.

Steven Gerrard, tak payah nak di kenalkan lagi. Star liverpool ni rasa terharu sangat bila dia di ambil sebagai ganti Ferdinand untuk menjawat jawatan kapten . Tapi Michael Dawson lagi la terharu. Dia mati-mati ingat memang tak dapat main untuk World Cup. Siap dah balik rumah nak ajak family nak pergi picnic. Tetiba je Capello panggil soh main World Cup.

Sekarang ni bini Dowson tengah tolong dia packing barang balik untuk ke south africa.

Kira Michael Dowson macam shahir AF8 la, sebab dapat af masuk.

04/06/2010

Injury


Pasukan England sentiasa diselubungi masalah kecederaan. Baru-baru ini Ferdinand ada injured kat lutut.

Biasa la macam gua sekarang. Pun injured kat lutut. Gua paham apa perasaan Ferdinand b ila dia tak boleh lari laju, atau main lompat-lompat. Lompat sikit mesti lutut rasa macam tertinggal kat bawah.

Injured kat lutut ni menag bahaya. Silap hari bulan memang tak boleh main bola lagi, macam kata cik Awang kat opis tadi," jul kamu kena lupakan saja main bola. Kalau tidak nanti kaki kamu nanti tak boleh pakai."

Ferdinand beruntung sebab dia ada physio. Tapi gua, mana nak cekau physio. Tapi cik Awang ada bagi tip kat gua.

"Kamu tumbuk halia bagi hancur. Sampai keluar air. Lepas tu balut dengan kain, letak di lutut. Selawat tiga kali masa balut. Kemudian yakin pada Allah kaki tu akan pulih."

Gua baru setelkan tips cik Awang tu. Gua rasa panas je kat lutut. Harap-harap kaki gua sembuh cepat.

Tevez cuak


Tevez dah mula cuak pasal dia risau Maradona akan letak dia sebagai pemain simpanan. Dia fikir macam tu sebab, masa latihan di asyik kena bola celah kelengkang dengan Messi.

Mau tak hangin si Tevez ni. Pula tu, dia terpaksa bersaing dengan seorang lagi penyerang yang sedang mencipta nama, siapa lagi kalau bukan Kun Aguero. Kun macam berpeluang cerah untuk mendapat posisi penyerang utama. Sebab Kun ni menantu kesayangan Maradona.

Semua kemungkinan ni buat Tevez cuak. Kalau dia setakat duduk kat bangku simpanan, dah comfirm value dia untuk kelab musim depan akan jatuh.

Satu lagi faktor yang buat kemungkinan Tevez tak menjadi pilihan maradona adalah, Tevez merupakan satu-satu penyerang Argentina yang tak hensom tahun ni.

Cuba lu orang tengok muka dia, gua rasa macam HULK je.

Full team England


England squad numbers (full list):

1. David James
2. Glen Johnson
3. Ashley Cole
4. Steven Gerrard
5. Rio Ferdinand (C)
6. John Terry
7. Aaron Lennon
8. Frank Lampard
9. Peter Crouch
10. Wayne Rooney
11. Joe Cole
12. Robert Green
13. Stephen Warnock
14. Gareth Barry
15. Matthew Upson
16. James Milner
17. Shaun Wright-Phillips
18. Jamie Carragher
19. Jermain Defoe
20. Ledley King
21. Emile Heskey
22. Michael Carrick
23. Joe Hart

Gua cari juga , mana tau Capello buat gua suprise ke, die selitkan nama gua. Tapi setelah gua review, comfirm tak ada.

Ceh...gua dengan Walcott senasib nampaknya.

03/06/2010

Ke Afrika selatan

England pergi meninggal Walcot keseorang di taman permainannya. Walcot meronta-ronta mahu mengikut. Tapi Capello tetap berkeras.

Malah Walcott membuat ugutan akan kencing tepi tayar kapal terbang. Mengapa Walcott mahu buat begitu? Ini kerana jika Walcott membuat amalan itu, skuad England akan terkena suwei. Jadi team tu akan sentiasa membawa badi Walcott.

Ferdinand yang baru saja di lantik menjadi kapten cuba mengawal keadaan. Dia memujuk Walcott dengan membelikan aiskirm Mcdonald supaya Walcott tidak menggila lagi.

Capella memberitahu bahawa skuadnya akan menaiki kapal terbang. Sebelum ini mereka merancang untuk menaikki kapal mewah seperti Titanic. Namun ia di cancelkan kerana dikhuatiri askar jahat dan laknat Israel akan membuat serangan dalam perjalanan.

Ferdinand memasang niat jika England menang World Cup kali ini, di akan berbini dua.

02/06/2010

Sesi singkir menyingkir

Pagi tadi England bagi dalam menunggu detik kiamat. Masing-masing seperti mahukan Aragon dalam cerita Lord of The ring datang selamatkan mereka.

Fabio Capello berjaya membuatkan 30 orang pemain England tak senang duduk. Masa menanti keputusan siapa yang layak, macam-macam ragam gua dengar bebudak England ni. Si Gerrard dan Lampard relax je. Cam berlagak gila dua ekor mamat ni. Siap main PES 2010 lagi kat rumah.

Tapi lain pula cerita si Aoron Lennon, Bent, Walcott dan ramai lagi. Bent di katakan sepuluh kali pergi toilet sebab sakit perut.

Si Lennon pula gua dapat tahu muka dia cam pucat lesi je.

Setibanya Capello di ruang tamu untuk umumkan, semua senyap. Duduk membatu. Ada yang cam terasa nak terkencing pun ada. Dengan tenang Capello sebut nama seorang-seorang pemain yang layak. Sesi tu lebih kurang macam penyingkiran pelajar AF. Mendebarkan. Namun Capello terpaksa melaksanakan tugas berat itu.

Inilah muka-muka yang bakal main masa kat World Cup-

Squad: Robert Green, Joe Hart, David James, Jamie Carragher, Ashley Cole, Rio Ferdinand, Glen Johnson, Ledley King, John Terry, Matthew Upson, Stephen Warnock, Gareth Barry, Michael Carrick, Joe Cole, Steven Gerrard, Frank Lampard, Aaron Lennon, James Milner, Shaun Wright-Phillips, Peter Crouch, Jermain Defoe, Emile Heskey, Wayne Rooney.

Menurut Capello," pada nama yang tidak di sebut, anda tersingkir di peringkat ini."

Sejurus Capello habis cakap, bekumandang lagu macam lagu AF masa pelajar kena singkir. Mereka yang berjaya semua berpelukan dengan muka-muka yang tak berjaya.

Tanpa di sedar, pembantu di rumah sewa kem latihan England membawa masuk beg besar tanda menghalau mereka balik.

Sebiji macam situasi AF.

01/06/2010

Kun si Menantu Maradona









Kun Agüero




Full Name: Sergio Leonel Agüero




Nickname:Kun




Date of Birth:Jun 1, 1988




Place of Birth:Flores, Capital Federal




Nationality:Argentina




Height:172 cm.




Weight:74 Kg.




Position:Striker




Squad Number: 16




Club Team: Atletico Madri





Gua cuba ketengah pemerhatian pasal player ni. Tadi masa gua lepak kat kedai mamak, tokey mapley kedai tu sembang dengan gua.

Dia kata, star yang bakal menyinar adalah Aguero.

Gua tanya balik, kenapa pula. Mapley tu kata , mamat ni bukan saja terror main bola, tapi terro cari publisiti. Kalah Ronaldo. Aguero ni sebenarnya secara tak langsung dia telah menjadi menantu kepada Maradona.

Dah comfirm tiap-tiap hari maradona trainning dia main bola. Tapi macam mana dia boleh tackle anak maradona tu.

Takpe, pasukan penyiasat gua sedang mengumpulkan maklumat bagaimana Aguero boleh tackle anak Maradona, dan adakah anak maradona tu cun? Dan yang penting, betul ke dia suka kat anak maradona ataupun cuma nak main politik?

Nanti gua siasat.

Siapa penjaga gol utama England


Kalah atau tak sesebua pasukan itu bergantung pada penjaga golnya. Jika penjaga golnya cekap dan berupaya menidakkan semua serangan dari pihak lawan, maka pasukan itu berpeluang carah untuk menang.

Persoalan siapa yang bakal menggalasi tanggung jawab berat ini akan terjawab pada perlawanan pembukaan mereka.

Sebelum ini, gua tengok hanya David Seamen saja yang best jaga gol. Lepas David Seamen, di ganti pula dengan David James. Namun James pada gua tak memuaskan prestasinya. Kadang-kadang ok, kadang-kadang k.o.

Tanda tanya siapa penjaga gol utama England kali ni menjadi perbualan ramai. Peminat-peminat england yang gua temuramah kat mapley hajris utama semalam mengatakan Green merupakan pilihan terbaik.

Gua pun setuju. James ada pengalaman, tapi rekod dia tak berapa bagus. Tapi Green pula sekarang mempunyai prestasi yang menonjol.

Rasanya Green adalah calon terbaik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat