Followers

28/02/2011

Today work out- chest


Bukan senang nak bina badan. Bukan senang nak kuruskan badan, bukan senang nak ubah bentuk badan Kadang-kadang, faktor sekeliling pun jadi penyebab juga. Contohnya , kawan-kawan. Biasalah kalau orang gemuk suka kawan dengan orang gemuk. Orang kurus suka kawan dengan orang kurus.

Jarang tengok orang gemuk suka kawa dengan orang kurus. Sebab dorang malu nanti orang yang kurus tu sembunyi belakang dia.

Gua? gua pernah jadi kurus, pernah jadi gemuk, pastu sekarang gua jadi taff. Itu la kelebihan bermain gym. Bila-bila masa boleh ubah bentuk badan. Actually bukan gym je, sukan lain pun boleh. Cuma yang penting hati ni.

Kalau hati kuat, fikiran pula boleh fokus, insyaallah boleh. Cuba mantapkan luorang punya willing, kalau betul-betul nak ubah bentu badan. Lawan badan sebagai challenger.

Ok ni trainning gua hari ni:
  • Superset sit up
  • Chin up
  • Bench press superset
  • Incline Bench press superset
  • Decline Bench press superset
  • Pull Over
  • Dumbell flying chest
  • Tricep mchine press superset style
Venue hari di gym rakyat KBS.

27/02/2011

Today work out- Shoulder + chest

Gua ingat tadi nak buat overall workout, tapi nak buat macam mana, family abang gua nak datang kat rumah. So, gua sempat workout shoulder sampai chest. Kejap lagi kat rumah gua sambung la arm dengan abdominal.

Ramai yang cakap kat gua, " zul, bagi la tips kat blog lu, asyik tulis pasal lu je kat gym."

Blog gua ni namanya diari gym gua kan. So gua tulis pasal trainning gua la. Actually dengan blog ni senang gua nak buat luahan gua di gym. Minat gym kan.. Dulu gua selalu imagine, yang gua akan bukan gym satu hari nanti. Tapi memandangkan gym ni memerlukan modal yang beratus ribu, so gua tak mampu. Lain la kalau tengku amylda fiona Amnan Irsyad nak sponsor.

Kalau gua buka gym, gua akan buka gym silat. Gelanggang silat di tengah. Boleh abang gua ajau silat kat situ. Pastu gymnasium gua akan buat kelililng gym tu. Idea ni sebenarnya adalah serupa dengan gelanggang silat gua dulu di ayer molek. Tapi gelanggang tu dah hancur. Pasal tak ada orang maintain. Back tu my imagine gym, selain dari silat, kakak gua boleh buat kelas erobic kat situ. Kalau erobik, perlu ruang lain. Jangan kacau tempat silat abang gua. Sebab erobik ni gua nak buat erobik muslimah.

Erobik muslimah. Pasal kebanyakan wanita islam kat luar tu segan nak masuk erobik. Sebab kebanyakan tempat erobik adalah open. So bila gua buat megikut islamic prosedur, boleh la diorang join.

Abang gua ajar silat, kakak gua ajar erobik, gua? Jadi instructor gym la....apa lagi...

24/02/2011

Today workout- Chest + Squat

Jarang gua buat kombinasi macam ni.

Hari ni gua trainning chest dan juga squat. Squat ni kalau lu orang tak paham, melayunya adalah peha. Bukan macam peha ayam tu. Peha orang la. Memang hari ni niat gua nak workout squat je. Tapi memandangkan masa banyak, jadi jangan di bazirkan. Trainning kaki ni tak ambil masa lama sangat. Lebih kurang dalam 35 minit.

Biasa lu orang buat ketuk ketampi je kan. Gua pun buat macam tu. Tapi , gua letak besi. Bagi berat sikit. Kebiasaannya, mamat-mamat yang pergi gym ni termasuk gua, sangat pemalas nak trainning bahagian kaki. Sebab tu la, kalau lu orang tengok sesetengah body builder tu cutting dia dah macam ayam serama.

Tapi sebenarnya, otot kita pling banyak kat peha. Macam ayam la, lu orang suka bahagian mana. Peha kan banyak isi.

Sebab tu , tumpuan kena betul2 detail pada kaki. Kalau tak, alamatnya tak simbang la badan kita. Tu serba sedikit la pasal kaki.

Meh gua story apa yang gua train untuk kaki tadi. Kalau pasal chest dah selalu dah.

 Barbell Squat
 Leg Curl
 Leg Extension
Leg Press

Kesemua exercise ni gua lakukan 6 set. Setiap set gua akan buat minima 10 rep.  Kali ni bole la letak gambar sikit. Sebab squat ni gua jarang describe. Tak ada la lepas ni lu orang tenganga pula bila gua tulis nama.

Untuk ujang yang tanya pasal Lipo6x. Tahun lepas gua beli yang 240biji sebotol. Harganya rm 340. Tapi tahun ni gua nak order lagi, susah gila nak dapat. Yang banyak oraong jual pun Lipo 6. Kalau sebotol ada la dalam 120 biji. Harganya rm 180.

Ujang lu kan dah kurus, buat nak kurus lagi . Baik lu makan protein je bagi besar..

Venue trainning gua tadi, gym rakyat KBS.

23/02/2011

Today workout-Back-tricep


Kengkadang orang tak paham, kenapa gua ni gila-gila rushing nak pergi gym.

Gua sangat memerlukan 90 minit workout sehari. Kalau kurang , bermakna gua tak akan sempat nak habiskan schedule workout gua. 20 minit pertama kat gym gua akan habiskan time tu untuk warm up. Biasanya warm up gua sit up superset dan juga chin up. Ke dua-dua jenis exercise tu gua akan buat sebanyak 6 set.

Workout major pula gua perlukan satu jam. Memang kalau buat superset style 40 minit dah cukup. Tapi ianya bergantung pada jumlah berat yang gua angkat. Lagi ringan maknanya lagi lame. Pasal gua akan buat repeatition banyak. Kalau berat gua buat sekadar 10 rep hingga ke 12 rep.

Hari ni gua trainning back workout plus tricep.
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
  • dead lift
Tricep workout:
  • Seated dumbell Extension
  • Tricep pushdown
  • Overhead tricep extension by machine
Searang ni kat gym rakyat KBS ade trainning capoiera. Kalau lu orang nak tahu, pi search sendiri apekah itu. Latihannya setiap hari ahad, pukul 10.

Venue gua tadi , gym rakyat KBS.

Kenapa mesti bina badan

Dah tua pun tough

 Ramai cakap," lu ni zul tak elok la join sukan ni. Bogel je atas pentas."

Memang bina badan punya contest memerlukan pesertanya berbogel. Actually dalam Islam gua kategorikan haram. Sebab dedah aurat. Mau tidaknya, pakai spender je atas pentas.

Gua memang tak akan masuk contest tu. Gua tau mana elok mana tak elok. Tapi, gua suka sukan ni. Makna katanya, gua ke gym untuk keluarkan otot kan badan. Pastu untuk kuatkan badan. Nak bagi badan nampak lawa bile pakai baju. Perhatikan ayat gua," bila pakai baju."

Dari kecik gua suka akan sport yang pertandingkan kekuatan. Sebab tu gua suka gusti lengan, tarik tali angkat berat, silat or martial arts dan lain-lain. Tapi untuk game tu semua, kita perlu ada strenght. Kalau tak, comfrim-comfirm kalah punya. Sekarang ni gua dah start main tarik tali. Memang hasilnya cemerlang. Lepas ni gua teringin nak join arm wrestling.

Bila nak kuat badan mesti besar. Kali ni gua tengah buat, badan tak besar macam bodybuilder mast salleh tu, tapi kuat.

Tanggapan orang ramai, bila besar mesti kuat. Tapi teori tu semestinya betul, dan tak salah. Kekuatan ni sebenarnya adalah soul. Gua puji orang badan kecik tapi kuat.

Sebab tu gua pergi gym..

22/02/2011

Today workout-Shoulder

Mengah beb, hari main gym. Gua pun tak tau kenapa. Agaknya sebab gua pantang gula dan nasi kot. Bila pantang gula, ramai yang kata nanti pengsan la, itu la ini la. Tapi setakat pengalaman gua, everything is ok. Tak pernah pula gua pengsan.

Cuma kita kene pandai cover la. Diet ni biar la diet yang sehat. Ramai yang kata bila diet jangan makan. Gua diet juga. Tapi 6 kali makan beb. Tapi tengok la apa yang gua makan. Kuantiti yang bersederhana.

Lagi satu, bila diet kita kene sesuaikan dengan workout. Ini akan bagi kesan dekat kesan pembakaran karbo dan protein.

Ok, trainning gua hari ni tertumpu dekat shoulder.

Ni senarai trainning gua:
  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue , gym rakyat KBS.

21/02/2011

Today workout- Chest


Kengkadang bile lepas kita buat workout contohnya bench press, kite mesti rasa sakitkan kat mucle. Tu sebab muscle kite tengah tegang. Kalau rasa macam tu bagus sebenarnya. Sebab tu kesan kalau kita buat tu dengan betul.

Bila rasa sakit, jangan pula ingat otot koyak ke atau cedera. Jangan risau, cuma perlu release je . Contohnya bila rasa sakit lepas bench press, mesti rasa kat bahu kan. Kita cuma perlu tarik besi atau apa-apa yang statik contohnya tiang. Cuma tarik sikit je. Sampai rasa cam dah ok. May be lu orang kureng paham, tapi untuk lebih detail better tanya dengan trainner kat gym.

Sakit macam tu, jangan di biarkan. Sebab takut darah stuck plak kat bahagian yang sakit.

Ok trainning gua hari ni tertumpu pada chest.
  • Sit up superset
  • chin up
  • bar dip
  • bench press
  • inline bench press
  • Incline dumbell press
  • decline bench press
  • pull over
  • Sit machine fly
  • Sit up super set
Venue, gym rakayt KBS.

Diet


Gua start diet hari ni. Pantang betul gua kalau orang cakap, "ala sehari je tu diet...!"

Kata-kata macam tu la yang bakal kuatkan semangat gua. Gua nak turunkan 10kg berat badan gua dalam masa dua bulan. Maksure bulan 4 berat gua dah 80. Step pertama, jangan makan nasi dan sehari cuma segelas saje air gula.

Workout pula tiap hari sekurangnya-mesti 10 kali chin up. Biasa tengah hari gua pergi gym kan. Masa kat gym gua selalunya buat chin up 5 set. So maknanya gua kena tambah 5 set lagi kat rumah gua. Workout lebih sikit. Sayur wajib makan. Protein gua cuba kurang sikit. Makanan berminyak, kalau dapat la gua akan kurang kan.

Ni yang pening bini gua la ni. Nak masak macam mana la.

20/02/2011

Today workout- back+tricep+squat


Lama gua tak buat macam ni. Dari pukul 9 pagi sampai pukul 12.30 tgh hari gua bertapa kat gym. Gua main 3 part. Back, tricep dengan squat. Ketiga-tiga part ni gua tak buat lagi minggu ni. Tu yang cover hari ni. Serius memang puas dapat main gym lame-lame.

Hari ahad, gua ingat gym tak ada orang. Sekali, boleh tahan juga orang yang datang kat gym. Tak la sesak, tapi ada la. Kat gym ada budak yang trainning copoiera. Menarik juga gua tengok. Teringin nak belajar pun ada juga. Tapu rasanya tak payah kot. Badan gua dah la besar. Kang kalau jatuh, dah macam nangka busuk pula.

Ok,ni senarai training gua;
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
  • dead lift
Tricep workout:
  • Seated dumbell Extension
  • Tricep pushdown
  • Overhead tricep extension by machine
Squat workout:
  • Leg curl
  • Squat
  • Machine seated squat
Minggu ni kire cukup la trainning gua. Dapat buat sekurang-kurangnya 4 hari main gym, dan dapat main semua part.

Beb lipo dah sampai. Mac, nak kena start diet. Venue hari ni, gym rakyat KBS.

17/02/2011

Today workout-Shoulder


Hari ketiga workout untuk minggu ni. Kira hampir mencukup jadual trainning gua. Kalau boleh minggu ni nak 4 kali pergi gym. Dah kahwein payah sikit nak pergi gym. Maklumlah banyak komitmen. Tapi, kat rumah still oleh workout.

Kesukaran satu lagi adalah diet. Bukan masalah wife gua masak, tapi gua yang dah tak boleh control makan makanan yang berminyak. Takpe, gua cuba juga jaga makanan.

Senarai trainning gua hari ni.
  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue, Gym rakyat KBS.

16/02/2011

The bodybuilder


Member gua hari tu datang opis...mamat ni memang dah lama pindah.

"Ish kurus lu skang zul, dah masuk competition ke?" tanya member gua tu.

Gua jawab," camne nak masuk. Cik Rozaimi mana bagi."

Member gua sambung lagi," bukan cik rozaimi je tak bagi. Majlis fatwa pun tak keluarkan fatwa boleh masuk sukan ni."

Entah la, gua pun rasa gua tak masuk sukan ni. Gua main gym cuma nak syok sendiri je. Sama la macam blog gym gua ni. Gua tulis apa gua main. Bukan lu orang paham pun nama-nama jenis exercise yang gua tulis. May be ade yang paham sebab refer pada chart kat sebelah blog gua tu.

Janji gua hepy blog sambil gym. Ai, gua teringin sangat nak masuk arm wrestling..

Today workout- Chest


Sekarang ni tengah gile nak besarkan badan. Gua dah mula bosan dengan superset style yang light. Walaupun gua main berat, tapi masih mengekalkan dengan superset style. Cuma repeatationnya gua kekalkan 10 je. Penat beb.

Gua rasa memang dah sampai masa untuk gua main berat-berat. Pasal lepas ni banyak lagi game yang gua nak masuk. May be dalam masa terdekat ni masih lagi tug of war.

Ni set trainning gua tadi,
  • Sit up superset
  • chin up
  • bar dip
  • bench press
  • inline bench press
  • Incline dumbell press
  • decline bench press
  • pull over
  • Sit machine fly
  • Sit up super set
Venue, gym rakyat KBS

15/02/2011

Today work out-Overall


Salam Maulidur Rasul..
Today is holiday. Actually dari semalam gua dah holiday. Maklum la hari ahad gua kan ada game tarik tali sempena hari wilayah. Penat gila woo. Mau tidaknya, dari pagi sampai ke petang asyik tarik tali. Mau putus tangan gua di buatnya.

So hari ni gua ambil peluang back to the gym. Nak maintain stamina dan strenght kena la pergi gym. Banyak lagi sukan yang gua nak masuk ni.

Hari ni gua pergi gym yang dekat rumah gua di Kota Warisan. Baru gua tau nama gym tu Jaws and fitnes gym. Gua main overall workout. Nak qada' la kata kan. Gua main dengan weight yang gua rasa berat. Saja gua nak angkat berat-berat. Sebab gua dah malas nak main potong ni. Potong tapi tak jadi juga. Pasal diet selalu tak istiqamah.

So ini trainning gua hari ni.
  • Seated military dumbell press
  • front dumbell raise
  • Side lateral raise
  • Behind neck press
Chest workout:
  • Bench Press
  • Dumbell fly
Arm workout:
  • Alternate arm curl
  • tricep dumbell extension
  • bar reverse curl
Leg workout:
  • Leg curl
  • Squat
  • leg extension
Venue hari , Jaws Gym fitnes center

10/02/2011

Today workout- overall



Memandangkan hari ni hari khamis, so gua just train untuk semua part. Tadi gua terfikir, rasanya lepas ni gua nak main weight yang berat-berat la. Tapi makan lipo je. Nak tengok apa effect dia. Selama ni gu asyik main superset je.

Superset yang biasa gua buat ni ringan-ringan. Minggu depan gua nak try superset yang berat-berat.

Trainning gua tadi.
  • Seated military dumbell press
  • front dumbell raise
  • Side lateral raise
  • Behind neck press
Chest workout:
  • Bench Press
  • Dumbell fly
Arm workout:
  • Alternate arm curl
  • tricep dumbell extension
  • bar reverse curl
Leg workout:
  • Leg curl
  • Squat
  • leg extension
Venue , gym rakyat KBS.

09/02/2011

Today workout-Back


Kata wak, gua dah tak payah buat superset. Sebab kalau buat superset nanti badan jadi lagi kecik. Lepas ni dia suruh workout style build punyer. Nak bagi besar baru cut. Masalahnya, gua nak cut lagi. Sebab badan gua masih banyak lemak.

Tapi betul juga, kalau muscle tak ada, macam mana nak cut. Tak ape, memandangkan gua sekarang tangah fokus untuk game tarik tali, gua hanya buat strenght dulu. Minggu depan baru gua build.

Makan still jage.

Sebut pasal fokus, tadi gua cuba buat deadlift. Mule2 gua cuba angkat yang 100kg. Steady je. Boleh capai sampai 10 reps. Lepas tu gua nak try angkat yang 150kg. Sekali member gua Ein, kacau gua. Hilang fokus. Satu rep pun tak boleh.

Main besi ni fokus kena betul. Kalau lari fokus tu, jangan harap boleh sampai target.

Senarai trainning hari ni.
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
  • dead lift
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue, gym rakyat KBS.

08/02/2011

Today workout - Shoulder


Main gym kene gigih, same la dengan diet. Kalau cerita pasal bina badan, memang tak lari pasal workout dengan diet. Dua tu memang dah wajib.

Kengkadang kita workout dah banyak, buat rep sampai 30 kali. Tapi hasil tak nampak. Agak-agak kenapa?

Cuba tengok cara kita main, betul ke tak. Adakah kita push sampai habis atau sekerat-sekerat? Gua pun tak lari dari main sekerat-sekerat. Actually pada gua la kan, bila main sekerat-sekerat ni selalunya berlaku bila gua angkat berat. Kalau gua main ringan, kebiasaannya gua akan push sampai habis.

Memang la push sampai habis tu bagus, tapi tak syok la kalau tak angkat berat-berat.

Jadual hari ni adalah shoulder workout.
  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Venue hari ni, gym rakyat KBS.

07/02/2011

Today workout- Chest


Rutin harian kembali macam biasa. Harap-harap la minggu ni jadual gua ke gym tidak terganggu. Target minggu ni pergi gym 4 kali seminggu.

Hari gua train chest. Sekarang ni dah boleh biasa dengan heavy sikit. May be sebab dah 3 minggu train. Tapi gua target nak start diet bulan ni. Kene main dengan repeatation yang banyak. Lepas tu weight tak boleh berat. Kena angkat besi yang ringan je.

Minggu ni gua cuba diet dan main gym guna superset style dengan penuh disiplin. Main gym ni kene banyak sabar, disiplin kena tinggi Sebab kita nak ubah bentuk badan. Kalau setakat nak keluar peluh, rasanya main lawan makan limau pun boleh keluar peluh.

Set trainning gua hari ni:
  • Sit up superset
  • chin up
  • bar dip
  • bench press
  • inline bench press
  • Incline dumbell press
  • decline bench press
  • pull over
  • Sit machine fly
  • Sit up super set
Venue, gym rakyat KBS.

Produk diet ni kengkadang kencing je


Jangan percaya sangat pada produk diet yang jual kat luar tu. Advertise bagai nak gile. Tapi kesan kurang.

Actually diet ni sebenarnya pada kita. Satu pesan gua, nak ubah bentuk badan, kene ubah gaya makan dan gaya exercise. Kalau tak, sampai kesudah tak menjadi.

Program diet gua start hari ni. Gua cuba kurangkan makan nasi dan juga air manis. Nasi dan gula cuma sekali saja sehari. Lebih pada trainning. Kebetulan sekarang ni gua ada trainning tarik tali. So maknanya gua kan secara automatik lebih traiining.

Gua post macam ni sebab, sekarang ramai yang guna ubat untuk kurus. Tapi tak dapat kesan yang depa nak.

04/02/2011

Today work out- Shoulder + bicep


Hari ni dapat juga gua mencelahkan masa gua untuk ke gym, bukanke gua penah kate yang perjalanan nak ke gym tu umpama satu perjuangan.

Tadi , suresh tokey OHM gym bagi gua singlet. Cap OHM gym le, takkan pagoda plak. Jenis yang khas untuk main gym la. Baru nampak otot gua. Haha, poyo betul, otot ke lemak?

Ok trainning gua hari ni tertumpu pada shoulder. Gua plus sikit dengan bicep.
  • Mula dengan sit up super set sebagai warm up
  • Chin up
  • Seated Military Press
  • Behind-neck press
  • Dumbell front press
  • Side laterall press
  • Bent over laterall raise
  • Alternate dumbell press
  • Twist alternate dumbell press
  • Dumbell low-pullesy raise
  • Up-right row
  • wide-grip pull down
Hari ni gua makan bagai nak rak . Sebab ibu gua buat kurma dan pulut kuning. Mana boleh tahan , gua belasah habis. Hancus diet gua.

Today work out- back


Ni semalam punya trainning, kan semalam gua balik Melaka. So trainning gua ofcoz la kat OHM gym. Pada gua, OHM Gym ni best. Mau tidaknya, kan gua membesar dengan gym tu. Sebab tu gua suka kat Gym tu.

So latihan semalam gua focus kat bahagian back dan kaki. Dua part ni susah nak buat sendiri kat rumah. Kena pergi gym baru dapat full. Sampai dua jam setengah gua bertapa kat OHM gym tu. Beb, baru puas main gym kalau dapat angkat besi lama-lama.

Ok, ni trainning gua semalam
  • sit up superset
  • Chin up + Bar dip as warm up
  • Wide-Grip Pull down 3style super set
  • One arm dumbell row
  • Dumbell bent over row
  • Bent Over laterall raise
  • Machine laterall raise
  • barbell bent over row
  • dead lift
  • squat
  • leg extension
  • leg curl
Venue, Ohm gym.

03/02/2011

Home Gym-1


Malam ni gua layan besi kat rumah gua. Memandangkan tengah hari tadi gua dah buat chest workout, so untuk malam ni dah macam kepenatan sikit. Tapi keinginan main gym masih membuak-buak.

Nak pergi gym kat ngan rumah, rasa malas nak tinggalkan bini gua sorang-sorang kat rumah. Lagi pun rasa macam tak berbaloi plak nak pergi . Mesti penuh gym tu, pastu barang dia tak banyak. Rasa tak berbaloi plak nak bayar rm5. Kalau kat melaka punya gym tu kira ok la juga.

So apa lagi. gym kat rumah je la.

Trainning gua tadi,
  • Chin up 9 set
  • Sit up superset
  • Dumbell back press
  • Dumbell front shulder press
  • Superset shoulder 3 in 1- military back press, front dumbell press, flying dumbell
Macam biasa untuk set yang pakai dumbell tu gua cuma buat 6 set je. Kira ok la, ade la sejam gua buat tadi. 

02/02/2011

Today workout- Chest


Yes, hari ni dapat juga gua pergi gym. Tahu tak, dalam sehari tu sebenarnya banyak halangan gua kena hadapi untuk pergi ke gym.

Kadang-kadang kene menyorok keluar dari office tau tak. Hahah, kengkadang, pikir balik macam-macam cabaran gua nak pergi gym. Sebab tu gua rasa gua nak buat sampai jadi. Biar apa orang kata, gua kena telan bulat-bulat. At least, gua nak dapat something tahun ni dari event gym gua.Tahun lepas gua dah terlepas Mr Badang, nak buat camne, abah lebih pentingkan. Kalau ada rezeki, nanti gua akan dapat juga title tu.

So latihan hari ni, chest workout.
  • bench press
  • inline bench press
  • Incline dumbell press
  • decline bench press
  • pull over
  • Sit machine fly
  • Sit up super set
 Venue, gym Rakyat KBS

01/02/2011

Home Gym


Masalah ke gym lepas kahwin.

Gua tak ada banyak masa untuk ke gym, so kene cari alternatif lain. Takka nak makan tido je kan. Mesti kena workout juga.

Setakat ni gua cuma ada dumbell dan juga chin up bar. So apa lagi, guna la sebaik mungkin. Macam-macam exercise beb boleh buat kalau ada benda ni je. Contoh, kalau kita guna dumbell kita boleh buat workout shoulder, arm, dan juga sikit squat.

Dengan chin up, kita boleh buat back workout dan juga perut. Malah bagi gua la kan lebih effective.  Cuma chest je yang kurang. Ala, untuk chest gua rasa pumping kire ok ape. Skurang-kurangnya chest kita workout juga kan?

So, no reason untuk kita lari dari exercise..!

Cuma  satu je halangan, bile bini panggil, dan bila makanan terhindang di depan mata.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

strongest men! are U dare?

click bebanyak cepat